LATIHAN SBP 25 april

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa. Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas

 (i) pekat > Adunan yang yang digaul oleh kakak amatlah pekat.

 (ii) pikat > Dani sudah mencuba untuk pikat hati Sarah tetapi tidak berjaya.

 (ii) siram > Zara suka siram pokok bunga pada waktu pagi.

 (iii) suram > Suasana agak suram apabila Hasni mula memarahi anaknya.

 (iv) indah > Suasana di pantai itu sungguh indah.

(v) endah > Nani tidak endah akan kata-kata Jailana.

(b) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
(i) Saya menziarahi nenek pada hujung minggu.
> Pada hujung minggu. saya telah menziarahi nenek.

 (ii) Menteri Pendidikan telah merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang yang bertempat di Dewan Jubli Intan.
> Majlis Anugerah Cemerlang yang bertempat di Dewan Jubli Intan itu telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan.

 (iii) Kamu harus memandu kereta itu dengan berhati-hati kerana hujan yang sangat lebat di lebuh raya.
> Disebabkan hujan yang sangat lebat di lebuh raya, kita perlu memandu kereta dengan berhati-hati.

 (c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.

 Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula

(i) Sebahagian daripada tanah pesaka kepunyaan Haji Sulaiman di kampung akan diambil oleh pihak kerajaan negeri untuk menjadikan rizab jalan.
 = pusaka, cukai

 (ii) Projek carigali yang baharu akan dilaksanakan di pengairan Terengganu oleh Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun hadapan.
= perairan, baru

 (iii) Rambut bayi itu kerinting dan berwarna perang kerana mengikut genetik daripada penurunan sebelah datuknya yang berasal dari Pakistan.
= keturunan, keperangan

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

 (i) Remaja hari ini merupakan tonggak utama bagi merealisasikan apresiasi negara dalam masa 30 tahun daripada sekarang.
= inspirasi,  akan datang

(ii) Ayam jantan itu berbunyi dengan nyaring pada tiap pagi menandakan hari menjelang siang.
=berkokok, setiap

 (iii) Pasukan Bendahara bertempik keriangan apabila diumumkan sebagai juara di dalam pertandingan hiasan rumah sukan.
= bersorak, dalam


 (e) Baca ayat–ayat di bawah dengan teliti dan nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.

 (i) Mak Mah mendidik dan menjaga anak-anak tirinya dengan penuh kasih sayang.
= bagai menatang minyak yang penuh

(ii) Peniaga itu mengambil kesempatan menjual barang-barang runcit di kedainya dengan harga yang tinggi kepada mangsa banjir.
= mencari jarum dalam jerami.

 (iii) Lagu-lagu lama yang bertemakan hari raya masih segar dan diminati sehingga hari ini.
=biar lama, asal ingat


No comments:

Post a Comment

latihan WPKL a,c,d,e 26 april

a) 1) Dia seorang yang bertanggungjawab dan hemah tinggi.          Syakir menggunakan wang sakunya dengan penuh hemat.     2) Pakaian pada...